Mohd Fauzi Ghadzali bekas pemain takraw kebangsaan meninggal dunia akibat kanser kelenjar di Hospital Besar Pulau Pinang. Arwah Mohd Fauzi yang berusia 33 tahun telah menghembus nafas terakhir pada pukul 5.45 pagi 24 ogos 2013. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham atas pemergian seorang lagi tokoh pemain sukan Takraw kebangsaan negara.
Menurut bapa saudaranya, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang sejak tiga bulan lalu dan keadaannya menjadi semakin kritikal sejak sebulan lepas. Allahyarham meninggalkan isteri Solehah Omar, 30, dan lima anak berusia antara tujuh bulan dan lapan tahun. Jenazah dikebumikan di Permatang Pauh, Pulau Pinang selepas solat Zohor tengahari tadi.
Sumber
0 komentar:
Posting Komentar